Sunday, May 18, 2014

Bukaan Lensa (Aperture)

Aperture (bukan ape cer) adalah bukaan pada bilah  yang terdapat didalam lensa (blade).

Bilah lensa (kredit : http://photocritic.org/)
Bukaan ini dibaca pada nilai tertentu dan mempunyai disebut sebagai f-stop (Focal ratio). Nilai f-stop dibaca dalam bentuk pecahan, iaitu 1/1.8, 1/8, 1/16, dan seterusnya. Semakin besar nilai f-stop, semakin besar bukaan bilah lensa. Tetapi badan scrin kamera, ianya ditunjukkan sebagai satu nilai nombor tetap seperti f/1.8, f/8 dan seterusnya, secara zahirnya semakin 'kecil' nilai f-stop, semakin besar bukaan lensa. Jangan keliru!

Bukaan bilah lensa. Setiap lensa mempunyai nilai bukaan maksimum tertentu.
kredit: morgancoombsphotography.com


Dua fungsi utama aperture adalah;
  1. Mengawal kemasukan cahaya (exposure)
  2. Mengawal depth of field.
Mengawal Exposure

Semakin besar nilai f-stop seperti f/1.8, semakin luas bukaan bilah, jadi semakin banyak cahaya yang masuk melalui lensa.  Bagi scene yang lebih gelap seperti indoor, aperture yang lebih besar seperti f/1.8 digunakan bagi mengimbangi shutter speed (kelajuan yang lebih tinggi boleh digunakan agar gambar tidak kabur) dan juga ISO supaya ISO yang lebih rendah boleh gunakan.

Mengawal Depth of Field 

Depth of Field (DOF) merujuk kepada keluasan focus atau jarak objek terdekat dan yang paling jauh dengan subjek dalam sesuatu scene. DOF ini dikawal dengan fungsi aperture, semakin tinggi nilai aperture (seperti f/1.8) semakin sempit DOF. Foto haruslah dibayang dalam bentuk 3 dimensi, bukannya dalam bentuk 2 dimensi seperti yang tercetak di atas kertas foto sahaja. Contoh yang dimaksudkan foto itu bukanlah sekeping kertas semata-mata.
Contoh pertama.
kredit: http://ejadfotopoyo.blogspot.com/

Contoh yang dimaksudkan foto harus dibayangkan sebagai 3 dimensi. Terdapat objek di depan dan dibelakang subjek (rama-rama di tengah). Keluasan DOF menentukan sama ada kita ingin mengkaburkan objek di depan dan di belakang subjek atau  menjelaskan imej tersebut.
Sumber: wikipedia

Terdapat 2 jenis DOF iaitu;
  1. DOF luas
  2. DOF sempit
DOF Luas

DOF yang luas selalunya digunakan bagi foto yang ingin menunjukkan latar belakang sesuatu scene dan gambar permandangan. DOF yang luas menggunakan nilai f-stop yang kecil seperti f/22

Permandangan bandar Osaka dari bangunan Osaka Universiti of Economics and Law kampus Yao. Aperture f/4 digunakan. Aperture yang terlalu besar tidak digunakan bagi mendapatkan exposure yang tepat dan mengimbangi fungsi kelajuan shutter  dan ISO dalam mengawal cahaya.
Secara asasnya, f-stop yang kecil sering digunakan apabila;

  1. Jarak subjek dengan kamera adalah jauh dan inginkan gambar subjek dengan latar belakang yang jelas
  2. Keadaan cahaya sekeliling terlalu terang seperti pada waktu tengah hari.
DOF Sempit

DOF yang sempit digunakan bagi mendapat ketajaman sesuatu imej subjek agar subjek dapat difokuskan dan scene foto tidak 'diganggu' oleh latar belakang. Sebagai contoh bagi gambar jenis potrait dan juga gambar produk. DOF yang sempit menggunakan nilai f-stop yang besar seperti f/1.8

f/1.8

Dua pasangan tua yang berjalan di sekitar pekan Kyoto menegur saya. 
Orang Jepun sangat peramah dan hormat pada orang. f-stop: f/1.8.

Secara asasnya, f-stop yang besar sering digunakan apabila;

  1. Jarak subjek dengan kamera adalah dekat dan inginkan imej subjek yang jelas dengan latar belakang yang kabur
  2. Keadaan cahaya sekeliling terlalu gelap seperti didalam bangunan atau pada waktu petang.
DOF dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti 
  1. Bukaan aperture (f/1.8 menghasilkan DOF yang lebih sempit berbanding f/22)
  2. Focal length pada lensa (jarak antara titik persilangan cahaya dengan sensor; lebih besar FL lebih sempit DOF
P/S:
Cerita sebalik gambar pasangan di atas.

"Doko kara kimashta?" (Kamu berasal dari mana?)
Tegur pasangan ini dan saya sahut dengan 
"Watashi wa Marezia kara kimashta!" (Saya berasal dari Malaysia)
Mereka gembira apabila saya sebut Malaysia kerana kata mereka mereka pernah ke sini satu masa dahulu. Sebelum berpisah saya berkata 
"Shashi no totte mo i desuka?" (Boleh saya ambil gambar anda?)
Mereka senyum dan setuju.
Salah satu elemen yang harus ada pada seorang fotografer adalah perlu bergaul dengan keadaan sekeliling tanpa segan silu dan penuh dengan etika untuk mendapatkan sesuatu pada subjek dan juga foto. Apa yang saya inginkan di atas adalah senyuman yang asli dari dua pasangan yang manis ini. Sekiranya merantau ke tempat asing dalam satu trip, saya lebih gemar berjalan di belakang dan seorang diri kerana dengan cara ini saya tidak akan terikat pada budaya saya sahaja dan sekaligus terlepas peluang untuk bergaul dengan keadaan sekeliling.

1 comment: