Dengan fungsi ini, fotografer dapat mengubah exposure time, iaitu tempoh shutter terbuka untuk membenarkan kemasukan cahaya kepada sensor imej.
Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak kemasukan cahaya, semakin terang foto yang terhasil.
Nilai Shutter
Kelajuan shutter diwakili dengan unit saat. Nilai ini biasanya mengimbangi nilai aperture. Kedua-dua nilai ini dibaca dalam satu unit yang dipanggil Exposure Value.
|
Nilai kelajuan shutter yang ditunjukkan adalah 1/1250 saat. |
Seperti nilai aperture, nilai kelajuan shutter juga adalah didalam bentuk perpecahan dan nombor bulat seperti 1/1000s, 1/500s, 1/250s, 1/125s, 1/60s, 1/30s, 1/15s, 1/8s, 1/4s, 1/2s, 1s, 2s dan seterusnya. Nilai nombor bulat seperti 1 saat kebiasaannya ditulis sebagai 1''.
Simbol B pada shutter dial bermaksud "Bulb" - shutter akan terus terbuka selagi shutter release ditekan.
Simbol T pada shutter dial bermaksud "Time" - shutter akan terus terbuka apabila shutter release ditekan dan kemudian ditutup apabila shutter release ditekan sekali lagi.
|
Shutter dial pada kamera analog |
Fungsi Shutter
Terdapat 2 fungsi kelajuan shutter iaitu;
- Mengawal tempoh kemasukan cahaya - mempengaruhi exposure gambar
- Mewujudkan efek "motion blur"
Lihat rajah di bawah yang menerangkan secara ringkas tentang kelajuan shutter
Kelajuan shutter 1/1000 adalah lebih laju dari 8". Semakin laju kelajuan shutter, imej akan kelihatan pegun, manakala imej dengan kelajuan shutter yang lebih rendah seperti 3" akan mewujudkan motion blur.
Kelajuan shutter yang rendah juga akan menyebabkan banyak cahaya yang masuk, gambar akan menjadi terang, dan objek yang bergerak akan menjadi kabur, atau sekiranya tangan fotografer bergoyang, gambar akan menjadi kabur.
Efek Gambar dengan Teknik Kelajuan Shutter
High Speed Photography
Menghasilkan gambar pegun dan objek seolah-olah beku atau pause.
|
Kelajuan shutter yang digunakan adalah 1/1600s. |
Apabila kelajuan shutter tinggi, maka gambar akan menjadi gelap. Jadi bagi gunakan nilai aperture yang besar seperti f/1.8 dan sekiranya gambar masih gelap, naikkan nilai ISO.
Light Trail
|
Light Trail di hadapan Masjid Zahir Alor Setar. f/20. Kelajuan shutter adalah 13". |
Foto light trail boleh dilakukan dengan menggunakan kelajuan shutter yang rendah seperti dalam gambar di atas, kelajuan shutter yang digunakan adalah 13 saat. Teknik ini menggunakan tripod. Objek yang tidak bergerak seperti bangunan dan tiang lampu tidak kabur. Penggunaan kelajuan shutter yang rendah juga akan menghasilkan cahaya lampu yang berbentuk bintang bagi sumber cahaya yang tidak bergerak seperti cahaya daripada tiang lampu.
Astrophotography
|
Kelihatan galaksi kita iaitu Bima Sakti atau "Milky Way" oleh Umar Mita. Perlis. Kredit: Umar Mita |
Bagi mendapatkan gambar di atas, kebiasaannya Bulb mode akan digunakan. Bagi menghasilkan foto di atas, seorang fotografer perlu menunjukkan keazaman dan usaha yang lebih kerana foto seperti diatas hanya boleh dihasilkan ditempat yang betul-betul gelap untuk mengelakkan 'pencemaran cahaya' seperti di kawasan bukit dan hutan. The star doesn't shine where people are too busy to look.
Panning
Panning boleh dilakukan dengan menggunakan kelajuan shutter yang rendah. Teknik ini dilakukan dengan menggerakkan kamera mengikut subjek yang bergerak seperti kereta atau basikal di atas sepanjang tempoh pembukaan shutter.
Efek ini akan menghidupkan gambar dan memberi maklumat bahawa subjek sedang bergerak dan gambar tidak menjadi pegun atau seolah-olah 'tidak hidup'.
Antara efek lain yang boleh dilakukan dengan penggunaan shutter yang rendah adalah fotografi lanskap. Efek ini akan memberi efek pada objek yang bergerak seperti awan dan air, dan membuatkan ianya nampak seolah-olah wap yang sedang terapung. Selamat bereksperimen!