Sunday, May 18, 2014

Pengenalan

Pengenalan
Secara asasnya, fotografi merupakan seni, sains dan cara menghasilkan imej dengan menggunakan cahaya, atau radiasi elektronik dengan perantaraan sensor imej yang terdapat pada badan kamera, atau peralatan sensitif cahaya seperti filem sepanjang proses pendedahan cahaya dalam masa tertentu (timed exposure).

Terdapat 2 jenis imej sensor iaitu CCD (Charge-coupled device) dan CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor). Sensor imej berfungsi mengawal nilai ISO. Sensor CMOS adalah lebih murah berbanding CCD.

Komponen asas di dalam badan kamera.
kredit: www.rhubarbandcustard.com


Sensor imej yang biasanya terdapat dalam badan kamera.
Kamera Leica menggunakan imej sensor CMOSIS.
Fotografer juga harus lah tahu komponen didalam badan kamera serba sedikit agar sekiranya berlaku apa-apa masalah, sekurang-kurangnya kita tahu cara untuk troubleshoot kamera tersebut tanpa perlu menghantar ke kedai dan ditipu untuk perkara yang remeh temeh.

Sudut Tidak Teknikal
Terdapat beberapa perkara yang penting dalam menghasilkan gambar.
Yang pertama adalah cahaya. Foto tidak dapat dihasilkan dalam keadaan yang tiada cahaya.
Yang kedua adalah kamera.
Dan
yang ketiga adalah kreativiti.

Perkara yang ketiga tidak dapat diajar, sebaliknya fotografer haruslah melakukan banyak rujukan.

Mengambil gambar bagi sesetengah individu mungkin nampak mudah, tetapi bagi seseorang fotografer, foto yang diambil haruslah mempunyai elemen seni tertentu dalam memuaskan hati fotografer itu sendiri dan orang ramai.

Foto menyimpan seribu satu cerita, bukan sahaja tentang scene yang diambil, malah usaha fotografer itu sendiri seperti berjalan ke tempat tertentu pada waktu tertentu, persediaan peralatan seperti alat strobist, dan juga risiko yang diambil.

Contoh risiko yang diambil
Ingat, mempunyai DSLR semata-mata tidak menjadikan anda sebagai seorang fotografer. Pastikan kita mempunyai minat yang mendalam untuk menghasilkan seni dan bukan mengikut trend semasa sahaja.

Pendedahan Cahaya (Exposure)

Exposure merupakan pendedahan imej sensor terhadap cahaya. Penggunaan exposure yang "betul" akan menghasilkan foto yang dikehendaki. Exposure boleh ditentukan dengan menggunakan meter exposure yang terdapat pada badan kamera.

Konsep


Keadaan didalam badan kamera adalah gelap. Apabila cahaya masuk kedalam badan kamera melalui lensa, dan dihalakan pada sensor imej. Sensor imej ini kemudiannya akan menukarkan cahaya kepada elektron dan nilai ini dibaca seterusnya imej akan dipancarkan pada scrin. Bagi kamera filem, foto yang dihasilkan lebih unik kerana sekiranya badan kamera mempunyai lubang halus, cahaya halus akan masuk kedalam badan kamera dan mengenai pada filem, lalu menghasilkan light leaks.


Exposure meter

Penunjuk exposure berada pada nilai kosong. Nilai -2 untuk gambar yang lebih gelap dan nilai +2 untuk gambar yang lebih cerah.

Penunjuk pada meter exposure menunjukkan nilai exposure sesuatu gambar, sekiranya penunjuk berada pada tengah, ia menunjukkan gambar tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Namun fotografer haruslah tidak terlalu mengikut penunjuk ini kerana dalam sesetengah scene, gambar yang lebih cerah, atau lebih gelap, dapat menghasilkan nilai seni yang tinggi. Lihat contoh gambar di bawah.


Gambar di tengah merupakan gambar yang menggunakan exposure yang menggunakan nilai 0. Gambar di bawah pula menggunakan exposure yang lebih cerah. Gambar yang di atas menggunakan nilai exposure -1. Penggunaan exposure yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi terlalu cerah dan menjadi putih. Dalam contoh di atas, penggunaan exposure yang "tepat" akan menunjukkan perbezaan pada persoalan "apakah subjek yang ingin diketengahkan". Sebagai contoh, adakah subjek tersebut, pada pembeli, atau pada peniaga tersebut? Menggunakan exposure yang lebih gelap, akan menghasilkan subjek dan lebih berseni kerana framing pada peniaga tersebut yang dihasilkan oleh silhouette (bayangan) oleh pembeli. Ianya bersifat subjektif.

Terdapat 3 fungsi asas yang mengawal exposure, iaitu; kelajuan kelajuan shutter, aperture, dan ISO. Pada mode kamera, pengguna boleh memilih mode yang sesuai dengan keadaan atau keselesaan diri seperti auto, shutter priority, aperture priority, atau manual.

Rumusan
Secara ringkasnya, 3 elemen ini iaitu ISO, kelajuan shutter dan aperture adalah penting dalam menentukan exposure imej.
  1. Tetapkan nilai ISO (bergantung pada keadaan cahaya sekeliling contoh: dalam bangunan: ISO800)
  2. Imbangkan exposure gambar dengan menggunakan kelajuan shutter dan juga aperture. Lihat contoh di bawah dah rajah
  • Nilai aperture yang besar seperti f/2.8 akan memberi bukaan aperture yang besar, banyak cahaya masuk, gambar terang.
  • Gelapkan gambar yang terang tadi menggunakan kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000s.

ISO

ISO (International Standard Organization) memainkan peranan dalam mengawal exposure gambar. ISO merujuk kepada kepekaan sensor imej terhadap cahaya. Secara asasnya ISO diukur menggukan unit ISO100, ISO200, ISO400, ISO800, ISO1600 dan seterusnya.

Semakin tinggi nilai ISO semakin sensitif sensor imej terhadap cahaya, menghasilkan gambar yang lebih terang.

Sebelum ini, ISO dikenali sebagai ASA (American Standard Association) yang merujuk kepada filem speed. Setiap filem mempunyai nilai ASA yang tersendiri. 

Filem Kodak dengan ASA200
Bagi kamera digital, terdapat built-in ISO dalam tetapan kamera. Jadi pengguna boleh memilih ISO yang sesuai tanpa perlu menukar filem. 

Tetapan ISO dalam kamera
Pemilihan ISO
Nilai ISO yang rendah digunakan pada keadaan yang mempunyai cahaya yang banyak seperti di luar rumah, pada waktu pagi seperti ISO100. ISO yang lebih tinggi seperti ISO400 digunakan ketika waktu yang redup seperti pada waktu petang. ISO800 keatas selalunya digunakan dalam keadaan cahaya yang kurang seperti waktu malam.
Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor imej, membuatkan lebih kurang cahaya yang diperlukan untuk mencerahkan gambar.

Noise
Noise grain akan terhasil apabila nilai ISO tinggi seperti ISO800 dan mengurangkan kualiti gambar kerana gambar kelihatan kasar terutama sekali gambar yang mempunyai latar belakang berwarna hitam. Namun, perkara ini tidaklah bermaksud gambar tersebut rosak.

Tips
Sekiranya gambar yang mempunyai noise, gambar tersebut mungkin kelihatan lebih cantik sekiranya mood black and white dikenakan. Gambar yang mempunyai mood sedih juga sesuai sekiranya noise grain dikenakan.

Kelajuan Shutter

Dengan fungsi ini, fotografer dapat mengubah exposure time, iaitu tempoh shutter terbuka untuk membenarkan kemasukan cahaya kepada sensor imej. 
Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak kemasukan cahaya, semakin terang foto yang terhasil.

Nilai Shutter
Kelajuan shutter diwakili dengan unit saat. Nilai ini biasanya mengimbangi nilai aperture. Kedua-dua nilai ini dibaca dalam satu unit yang dipanggil Exposure Value

Nilai kelajuan shutter yang ditunjukkan adalah 1/1250 saat.

Seperti nilai aperture, nilai kelajuan shutter juga adalah didalam bentuk perpecahan dan nombor bulat seperti 1/1000s, 1/500s, 1/250s, 1/125s, 1/60s, 1/30s, 1/15s, 1/8s, 1/4s, 1/2s, 1s, 2s dan seterusnya. Nilai nombor bulat seperti 1 saat kebiasaannya ditulis sebagai 1''.

Simbol B pada shutter dial bermaksud "Bulb" - shutter akan terus terbuka selagi shutter release ditekan.
Simbol T pada shutter dial bermaksud "Time" - shutter akan terus terbuka apabila shutter release ditekan dan kemudian ditutup apabila shutter release ditekan sekali lagi.

Shutter dial pada kamera analog

Fungsi Shutter
Terdapat 2 fungsi kelajuan shutter iaitu;
  1. Mengawal tempoh kemasukan cahaya - mempengaruhi exposure gambar
  2. Mewujudkan efek "motion blur"
Lihat rajah di bawah yang menerangkan secara ringkas tentang kelajuan shutter


Kelajuan shutter 1/1000 adalah lebih laju dari 8". Semakin laju kelajuan shutter, imej akan kelihatan pegun, manakala imej dengan kelajuan shutter yang lebih rendah seperti 3" akan mewujudkan motion blur.
Kelajuan shutter yang rendah juga akan menyebabkan banyak cahaya yang masuk, gambar akan menjadi terang, dan objek yang bergerak akan menjadi kabur, atau sekiranya tangan fotografer bergoyang, gambar akan menjadi kabur. 

Efek Gambar dengan Teknik Kelajuan Shutter

High Speed Photography
Menghasilkan gambar pegun dan objek seolah-olah beku atau pause.

Kelajuan shutter yang digunakan adalah 1/1600s.
Apabila kelajuan shutter tinggi, maka gambar akan menjadi gelap. Jadi bagi gunakan nilai aperture yang besar seperti f/1.8 dan sekiranya gambar masih gelap, naikkan nilai ISO.


Light Trail
Light Trail di hadapan Masjid Zahir Alor Setar. f/20.
Kelajuan shutter adalah 13".
Foto light trail boleh dilakukan dengan menggunakan kelajuan shutter yang rendah seperti dalam gambar di atas, kelajuan shutter yang digunakan adalah 13 saat. Teknik ini menggunakan tripod. Objek yang tidak bergerak seperti bangunan dan tiang lampu tidak kabur. Penggunaan kelajuan shutter yang rendah juga akan menghasilkan cahaya lampu yang berbentuk bintang bagi sumber cahaya yang tidak bergerak seperti cahaya daripada tiang lampu.

Astrophotography

Kelihatan galaksi kita iaitu Bima Sakti atau "Milky Way" oleh Umar Mita. Perlis.
Kredit: Umar Mita
Bagi mendapatkan gambar di atas, kebiasaannya Bulb mode akan digunakan. Bagi menghasilkan foto di atas, seorang fotografer perlu menunjukkan keazaman dan usaha yang lebih kerana foto seperti diatas hanya boleh dihasilkan ditempat yang betul-betul gelap untuk mengelakkan 'pencemaran cahaya' seperti di kawasan bukit dan hutan. The star doesn't shine where people are too busy to look. 

Panning

Contoh teknik panning
Kredit: shoottokyo.com
Panning boleh dilakukan dengan menggunakan kelajuan shutter yang rendah. Teknik ini dilakukan dengan menggerakkan kamera mengikut subjek yang bergerak seperti kereta atau basikal di atas sepanjang tempoh pembukaan shutter.
Efek ini akan menghidupkan gambar dan memberi maklumat bahawa subjek sedang bergerak dan gambar tidak menjadi pegun atau seolah-olah 'tidak hidup'.

Antara efek lain yang boleh dilakukan dengan penggunaan shutter yang rendah adalah fotografi lanskap. Efek ini akan memberi efek pada objek yang bergerak seperti awan dan air, dan membuatkan ianya nampak seolah-olah wap yang sedang terapung. Selamat bereksperimen!

Bukaan Lensa (Aperture)

Aperture (bukan ape cer) adalah bukaan pada bilah  yang terdapat didalam lensa (blade).

Bilah lensa (kredit : http://photocritic.org/)
Bukaan ini dibaca pada nilai tertentu dan mempunyai disebut sebagai f-stop (Focal ratio). Nilai f-stop dibaca dalam bentuk pecahan, iaitu 1/1.8, 1/8, 1/16, dan seterusnya. Semakin besar nilai f-stop, semakin besar bukaan bilah lensa. Tetapi badan scrin kamera, ianya ditunjukkan sebagai satu nilai nombor tetap seperti f/1.8, f/8 dan seterusnya, secara zahirnya semakin 'kecil' nilai f-stop, semakin besar bukaan lensa. Jangan keliru!

Bukaan bilah lensa. Setiap lensa mempunyai nilai bukaan maksimum tertentu.
kredit: morgancoombsphotography.com


Dua fungsi utama aperture adalah;
  1. Mengawal kemasukan cahaya (exposure)
  2. Mengawal depth of field.
Mengawal Exposure

Semakin besar nilai f-stop seperti f/1.8, semakin luas bukaan bilah, jadi semakin banyak cahaya yang masuk melalui lensa.  Bagi scene yang lebih gelap seperti indoor, aperture yang lebih besar seperti f/1.8 digunakan bagi mengimbangi shutter speed (kelajuan yang lebih tinggi boleh digunakan agar gambar tidak kabur) dan juga ISO supaya ISO yang lebih rendah boleh gunakan.

Mengawal Depth of Field 

Depth of Field (DOF) merujuk kepada keluasan focus atau jarak objek terdekat dan yang paling jauh dengan subjek dalam sesuatu scene. DOF ini dikawal dengan fungsi aperture, semakin tinggi nilai aperture (seperti f/1.8) semakin sempit DOF. Foto haruslah dibayang dalam bentuk 3 dimensi, bukannya dalam bentuk 2 dimensi seperti yang tercetak di atas kertas foto sahaja. Contoh yang dimaksudkan foto itu bukanlah sekeping kertas semata-mata.
Contoh pertama.
kredit: http://ejadfotopoyo.blogspot.com/

Contoh yang dimaksudkan foto harus dibayangkan sebagai 3 dimensi. Terdapat objek di depan dan dibelakang subjek (rama-rama di tengah). Keluasan DOF menentukan sama ada kita ingin mengkaburkan objek di depan dan di belakang subjek atau  menjelaskan imej tersebut.
Sumber: wikipedia

Terdapat 2 jenis DOF iaitu;
  1. DOF luas
  2. DOF sempit
DOF Luas

DOF yang luas selalunya digunakan bagi foto yang ingin menunjukkan latar belakang sesuatu scene dan gambar permandangan. DOF yang luas menggunakan nilai f-stop yang kecil seperti f/22

Permandangan bandar Osaka dari bangunan Osaka Universiti of Economics and Law kampus Yao. Aperture f/4 digunakan. Aperture yang terlalu besar tidak digunakan bagi mendapatkan exposure yang tepat dan mengimbangi fungsi kelajuan shutter  dan ISO dalam mengawal cahaya.
Secara asasnya, f-stop yang kecil sering digunakan apabila;

  1. Jarak subjek dengan kamera adalah jauh dan inginkan gambar subjek dengan latar belakang yang jelas
  2. Keadaan cahaya sekeliling terlalu terang seperti pada waktu tengah hari.
DOF Sempit

DOF yang sempit digunakan bagi mendapat ketajaman sesuatu imej subjek agar subjek dapat difokuskan dan scene foto tidak 'diganggu' oleh latar belakang. Sebagai contoh bagi gambar jenis potrait dan juga gambar produk. DOF yang sempit menggunakan nilai f-stop yang besar seperti f/1.8

f/1.8

Dua pasangan tua yang berjalan di sekitar pekan Kyoto menegur saya. 
Orang Jepun sangat peramah dan hormat pada orang. f-stop: f/1.8.

Secara asasnya, f-stop yang besar sering digunakan apabila;

  1. Jarak subjek dengan kamera adalah dekat dan inginkan imej subjek yang jelas dengan latar belakang yang kabur
  2. Keadaan cahaya sekeliling terlalu gelap seperti didalam bangunan atau pada waktu petang.
DOF dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti 
  1. Bukaan aperture (f/1.8 menghasilkan DOF yang lebih sempit berbanding f/22)
  2. Focal length pada lensa (jarak antara titik persilangan cahaya dengan sensor; lebih besar FL lebih sempit DOF
P/S:
Cerita sebalik gambar pasangan di atas.

"Doko kara kimashta?" (Kamu berasal dari mana?)
Tegur pasangan ini dan saya sahut dengan 
"Watashi wa Marezia kara kimashta!" (Saya berasal dari Malaysia)
Mereka gembira apabila saya sebut Malaysia kerana kata mereka mereka pernah ke sini satu masa dahulu. Sebelum berpisah saya berkata 
"Shashi no totte mo i desuka?" (Boleh saya ambil gambar anda?)
Mereka senyum dan setuju.
Salah satu elemen yang harus ada pada seorang fotografer adalah perlu bergaul dengan keadaan sekeliling tanpa segan silu dan penuh dengan etika untuk mendapatkan sesuatu pada subjek dan juga foto. Apa yang saya inginkan di atas adalah senyuman yang asli dari dua pasangan yang manis ini. Sekiranya merantau ke tempat asing dalam satu trip, saya lebih gemar berjalan di belakang dan seorang diri kerana dengan cara ini saya tidak akan terikat pada budaya saya sahaja dan sekaligus terlepas peluang untuk bergaul dengan keadaan sekeliling.

Friday, May 2, 2014

Foto-foto UKM


Majlis Makan Malam Kolej Aminuddin Baki (DECTAR)


Lawatan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (DECTAR)

Menara Masjid UKM

Close-Up tetamu di Majlis Makan Malam Kolej Aminuddin Baki (DECTAR)

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Mantan Presiden UKM, En Nasir (Kiosk Teras Ekoniaga FEP)

Kaunter Kilinik Guaman UKM (Wisma UNIKEB)

Malam Orkestra UKM (DECTAR)

Acara Sofbol SUKEM (Padang UKM)

Canselori UKM

Candid di Pusanika